
Monday, December 14th, 2009 | Author: beseri

MRSM Beseri lahir daripada cetusan Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 4. Perletakan batu asas projek pembinaan maktab telah dilakukan oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamallullail Raja Perlis pada 28 April 1983 dan dirasmikan oleh baginda pada 6 Julai 1988 bersamaan 22 Zulkaedah 1408. MRSM Beseri telah mula beroperasi pada 1 April 1985 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 44 orang dengan pengetua pertamanya iaitu Tuan Haji Ahmad Roslan bin Johari dan 381 pelajar perintis serta 34 orang kakitangan.
Category: Pentadbiran |
Comments off





